Bahagian Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah melantik badan Pengawas Pusat Sumber seramai 43 orang. Perlantikan murid disaring sebanyak tiga kali. Perlantikan AJK tertinggi Pengawas PSS dilantik atas kesanggupan untuk bertugas di luar waktu sekolah. Alhamdulillah, Pengawas PSS bertugas dengan baik meskipun terdapat sebilangan Pengawas PSS yang perlu diberi taklimat dan bimbingan lebih tentang pengurusan tugasan.
Namun, SMK Gum Gum setakat ini tidak mempunyai Kelab Pengawas Pusat Sumber menyebabkan masa bertugas sangat terhad iaitu waktu rehat sahaja. Ditambah dengan kekangan masa pengawas bertugas disebabkan komitmen terhadap pelajaran. Terdapat pengawas PSS juga yang aktif dalam pelajaran dan berjumpa dengan guru tertentu untuk memantapkan ilmu pengetahuan masing-masing sewaktu rehat. Pengawas PSS dibenarkan keluar rehat 5 minit awal. Namun bergantung kepada budi bicara guru mata pelajaran yang mengajar sebelum rehat.
BARISAN PENGAWAS PSS
kelihatan adik Shenny Caroline (2B) membantu mencatat nombor perolehan bahan (buku)